Sunday, April 3, 2011

10 sebab kenapa PC crash yang perlu anda tahu – Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ini adalah sambungan daripada entry yang lepas…Boleh tengok kat sini…àPart 1

3 Setting pada BIOS

Setiap motherboard telah disediakan dengan chipset yang telah ditetapkan oleh kilang. Cara biasa yang digunakan untuk masuk ke setting BIOS ialah dengan menekan F2 atau butang Delete pada beberapa saat selepas anda buka PC anda…Setelah anda masuk ke setting BIOS, anda kena berhati2.. Anda dicadangkan supaya mencatat semua setting yang sedia ada pada skrin kerana jika anda buat sebarang perubahan dan PC anda menjadi lebih tidak stabil, anda boleh tukar balik settings kepada yang asal…

Kesilapan BIOS yang biasa berlaku adalah CAS latency.. Perkara ini merujuk pada RAM..EDO (extended data out) RAM yang lama mempunyai CAS latency sebanyak 3. SDRAM yang lebih baru mempunyai CAS latency sebanyak 2. Setting yang salah akan menyebabkan RAM tersebut lock up dan menyebabkan paparan pada skrin menjadi kaku(freeze)


Microsoft Windows mempunyai keupayaan yang lebih dalam mengagihkan nombor IRQ daripada BIOS yang lain. Jika boleh, set kan nombor IRQ kepada Auto pada BIOS..Ini akan memudahkan Windows untuk mengagihkan nombor IRQ dengan lebih cekap..
Contoh BIOS



4 Cakera keras / Hard disk drive

Setelah beberapa minggu, maklumat yang terdapat pada hard disk akan mula menjadi fragmented atau dipecah-pecahkan.. Ianya merupakan sesuatu yang baik untuk meng-defragment-kan hard disk anda lebih kurang seminggu sekali untuk mengelakkan berlakunya the Blue Screen of Death dan menyebabkan PC anda crash.

Pergi pada : StartàProgramsàAccessoriesà System ToolsàDisk Defragmenter

Prosedur defragmented akan bermula..Sebenarnya, maklumat yang terdapat didalam hard disk disimpan dalam pecahan2 dan maklumat2 tersebut tidak disusun dengan betul dan didalam jarak2 yang jauh antara satu sama lain..Dengan melakukan defragment, maklumat2 tadi akan disusun dan diletak dalam jarak yang rapat antara satu sama lain, memudahkan anda untuk mengakses data tersebut… Anda tidak akan dapat menulis data pada hard drive pada masa defragment sedang dijalankan, jadi adalah lebih baik untuk anda jadualkan proses tersebut pada masa anda tidak menggunakan sangat hard disk anda menggunakan Task Scheduler…

Beberapa lockup dan screen freeze yang disebabkan oleh hard disk boleh diselesaikan dengan mengurangkan read-ahead optimization..

Pergi ke : Startà Settings à Control Panel à System Icon à Performance à File System à Hard Disk

Hard disk akan menjadi perlahan dan seterusnya crash kalau ianya terlalu penuh.. Sentiasa lakukan pembersihan hard disk setiap bulan atau bila hard disk anda hampir penuh.. Buka Windows folder pada C drive dan cari folder Temporary Internet Files.. Delete kandungan folder tersebut (bukan folder itu, tapi kandungan sahaja) dan anda akan dapat menjimatkan banyak ruang kosong…

Kosongkan Recycle Bin setiap minggu untuk menjimatkan ruang.. Hard disk perlu di scan setiap minggu untuk mencari errors dan bad sector…

Pergi ke : StartàProgramsàAccessoriesàSystem tools à Scan Disk

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Task Scheduler untuk menjadualkan berlakunya proses ini pada waktu malam semasa anda sedang tidur atau semasa anda tidak menggunakan PC anda… 
Contoh Hard disk


Untuk tips yang seterusnya, kita sambung pada entry yang lain ye…Harap anda dapat manfaat daripada entry ini…

1 comment:

Firdaus Life said...

kadang2 windows os ni demand kepada spec yang power sangat, sbb tu jadi freeze.. tensi2

Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...