Friday, June 24, 2011

Score A Programme

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Kali ni saya nak mempromosikan satu produk pembelajaran untuk kanak-kanak sekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Score A Program ialah produk pembelajaran secara online yang telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran dan digunakan oleh ramai pelajar sekolah. Program ini menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk para pelajar buat dengan pemantauan ibu bapa. Program ini telah melahirkan ramai pelajar yang mendapat skor A bagi setiap subjek untuk setiap peringkat sekolah.


Laman utama skor A

Untuk demo produk ini, sila layari www.scorea.com.my dan klik pada "Online Demo".
Kemudian, untuk login ke online demo, masukkan id : 82828


Antara ciri-ciri yang menjadikan produk ini diminati ramai ialah:
  • Akses selama 24 jam, 7 hari seminggu. Jika anda hantar anak ke tuisyen, hanya beberapa jam seminggu sahaja.
  • Boleh digunakan dimana-mana selagi ada kemudahan Internet.
  • Antaramuka (interface) yang menarik minat pelajar untuk menggunakannya.
  • Respon jawapan yang segera. Setelah selesai membuat latihan, keputusan latihan akan segera diperoleh dan anda boleh lihat prestasi segera anak-anak anda.
  • Pengawasa ibu bapa menjadi mudah dengan sistem SMS. Setelah anak-anak selesai membuat latih tubi, ibu bapa akan diberikan keputusan segera mengenai pencapaian anak-anak untuk latihan itu melalui SMS. 
  • Ibu bapa boleh melihat kemajuan anak-anak dengan sistem buku laporan online untuk ibu bapa.

Antara komponen-komponen yang terdapat dalam program ini ialah:
  • eTopic: Menyediakan latih tubi mengikut topik bagi setiap tahap. 
  • eAssesment: Menyediakan latih tubi untuk beberapa topik, Boleh juga dianggap sebagai ujian bulanan.
  • eTrial Exam: Menyediakan soalan-soalan percubaan untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.
  • ePastYearExam: Menyediakan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelum.
  • iTeacher: Menyediakan nota dan pengajaran yang menarik. Pelajar juga boleh bertanya kepada iTeacher seperti cikgu mereka sendiri di dalam kelas. iTeacher telah diprogramkan untuk menjawab pelbagai jenis soalan dari para pelajar.

Kelebihan menggunakan Score A Programme:
  • Ibu bapa boleh memantau dan melihat sendiri kemajuan anak-anak mereka.
  • Sistem pembelajaran yang santai dan menyeronokkan lebih menarik perhatian para pelajar.
  • Sistem pemarkahan yang cepat dan pantas.
  • Akses 24 jam memudahkan pelajar memilih masa yang sesuai untuk membuat latih tubi. 
  • Boleh dibuat dirumah sahaja. Tidak menyusahkan ibu bapa untuk menghantar anak ke tuisyen dan mungkin akan terjebak dengan bahaya di luar.
  • Soalan yang boleh dibuat berulang kali. Jika menggunakan buku, setelah habis latihan dibuat, perlu membeli buku baru. Dengan program ini, soalan boleh dibuat berulang kali dan bilangan soalan yang terdapat di dalam program ini memang cukup banyak.
  • Pelajar lebih seronok dengan antaramuka yang bergerak-gerak dan berinterasi daripada belajar menggunakan buku.


Ini ialah produk yang perlu anda dapatkan jika anda mahu anak anda cemerlang dalam pelajaran... Pada saya hanya ada 3 set lagi dan ini ialah penghabisan stok. Perlu dihabiskan sebelum 3 Julai.

Boleh hubungi saya di keiseichi@gmail.com untuk keterangan lanjut.


*P/s: minta jasa baik kawan2 blogger tolong sebarkan ye..Ucapan terima kasih saya dahulukan..

Monday, June 20, 2011

Tukar lagi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni kali pertama aku buat dan guna header flash...

Macam mana korang rasa? Bagi la pendapat korang ye..

First try guna header flash...

Better guna header ni atau tukar header lama? Loading macam mana? Cepat ke lambat? Warna template okay tak?


Bagi pendapat korang ye..thanks...


Thursday, June 16, 2011

Password anda cukup kuat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Activiti hacking sekarang ni makin banyak berlaku lagi-lagi dengan kes hacker Anonymous yang terbaru ni. Juga aktiviti hacking page di Facebook dan blog. Salah satu penyebab berlakunya hacking ni ialah kerana password yang digunakan oleh mangsa itu mudah diteka atau mudah dikesan.



Berikut ialah antara cara-cara yang boleh digunakan untuk menjadikan akaun anda lebih selamat.


  • Gunakan gabungan antara huruf kecil, huruf besar dan nombor dalam password anda. 
  • Jangan gunakan password yang sama untuk dua atau lebih akaun.
  • Jangan beritahu sesiapa mengenai password anda.
  • Jangan simpan password anda didalam komputer samada save pada browser atau dalam dokumen di dalam komputer.
  • Tukar password anda sekali-sekala.
  • Jangan gunakan perkara peribadi sebagai password anda seperti nama suami/isteri, tarikh lahir, tarikh perkahwinan dan sebagainya
  • Jika anda online ditempat awam atau yang mempunyai Internet secara percuma, jangan masuk ke akaun anda yang memerlukan anda memasukkan password dan username
  • Jangan gunakan password yang sama dengan username anda
  • Selalu clear cookies pada browser anda




Ini adalah beberapa tips mudah untuk membantu anda melindungi keselamatan password anda. Harap dapat diambil pengajaran.


Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...