Saturday, May 21, 2011

Cara kei seichi mengatasi disable right click dan disable text highlight

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni nak bagi tips sedikit macam mana cara aku menangani blog2 atau website2 yang implement "Disable Right Click" dan "Disable Text Highlight"...

Biasa tak kalau korang blogwalking, korang jumpa blog yang ade buat disable right click dan text highlight tu? Biasanya tuan belog tu buat macam tu untuk mengelakkan entry atau gambar die di copy oleh orang lain, betul tak? Tapi kalau macam aku ni yang nak buat header kan, ade sesetengah tu yang disable so aku pon fikir la macam mana nak buat bila menghadapi masalah tu... So kat bawah ni ade beberapa jalan penyelesaian ikut cara aku... Kirenye aku nak ajar korang hacking sket la ni tapi yang mudah je.. Jangan bagitaw orang tau!

Cara mengatasi Disable Text Hightlight...

  1. Buka page yang korang nak copy
  2. Buka notepad atau Microsoft Word ( yang mana lebih mudah )
  3. Taip sebijik2 ape yang korang nak (Jangan malas!!)
Aku tak tipu okay...Ni la cara aku nak copy paste kalau dah disable text hightlight...hehe..memang banyak kerja la sikit...

Copy paste baby korang macam ni..haha


Cara mengatasi Disable Right Click

Biasa orang disable right clik untuk mengelakkan gambar diorang kena curi, betul tak? So dengan cara ni korang boleh atasi masalah right click tu (bukan aku nak ajar mencurik taw!) Gunakan ilmu sebaiknye okay...


  Cara 1 (gunakan mouse yang ada scroll)
  1. Cara ni hanya boleh digunakan kalau korang gunakan mouse yang ada scroll
  2. Korang rasa scroll tu hanya guna untuk scroll webpage je ke? Cuba tekan scroll tu...
  3. Kalau korang click pada gambar yang ada link ke website, website tu akan di open kat new tab. Tapi kalau gambar tu memang link ke gambar, gambar tadi  tu akan dibuka ke new tab.
  4. Right click kat new tab tadi dan save.


  Cara 2 (Gunakan Google Image)
  1. Misal kata korang nak gambar dari belog aku, tapi je nama belog ni dalam Google Image...
  2. Kalau nasib korang baik, gambar tu akan keluar masa search tu...


  Cara 3(Gunakan snipping tool pada Windows Vista & 7)
  1. Cara ni hanya boleh digunakan pada pengguna Windows Vista dan Windows 7
  2. Cari dalam accessories dan cari Sniping Tool (icon berbentuk gunting)
  3. Gunakan tool ni untuk crop gambar yang korang nak
  4. Kekurangan die korang takkan dapat gambar pada saiz sebenar, cuma gambar pada saiz korang crop tu je...

  Cara 4(Guna shortcut key pada keyboard)
  1. Cara ni hanya boleh digunakan kalau die tak disable highlight text.
  2. Highlight pada gambar yang korang nak copy
  3. Tekan CTRL + C pada keyboard
  4. Buka Microsoft Word
  5. Tekan CTRL + V
  6. Nampak gambar tu? Right click dan pilih "save as picture"


   Cara 5( Save web page)
  1. Cara ni korang boleh gunakan sebagai last resort kalau cara2 yang lain tak boleh guna.
  2. Buka webpage yang korang nak.
  3. Pergi pada tanda spanar(pada Crome) atau klik kat anak panah bawah Firefox(Mozilla version baru) dan pilih save [age as. Korang jugak boleh tekan CTRL + S pada keyboard setelah korang buka webpage tu.
  4. Lepas dah save, buka folder yang korang save tu dan cari la gambar yang korang nak...

Okay, aku bagitaw ni bukan nak suruh korang amalkan tapi guna apabila perlu sahaja.. Jangan asyik nak copy je gambar orang lain.. Kalau ade orang tanye tahu kat mana jangan tunjuk kat aku k..Aku ajar benda baik, terpulang pada korang macam mana nak guna... Jangan saman aku lepas ni!!!


   

5 comments:

Firdaus Life said...

ishh aku memang nyampah yang gune rite klik disable.. tension tol

Gambar perempuan Seksi

Kei Seichi said...

freaky: hehe..sape yang tak menyampah...=P

nasri said...

right click disable tu hidup utk browser tertentu jer.. cuba test guna opera.. dgn mudah leh copy.. =)

Kei Seichi said...

nasri: yeke?x pernah try pulak..thanks 4 da info..hehe

Aziela said...

Ooooo...mcm tu.... ok..ok.. Rogerr...

Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...