Kali ni aku nak share pandangan aku mengenai tajuk diatas iaitu Notebook, Netbook dan jugak PC.. Kredit kepada saudara Firdaus a.k.a Freaky falcon sebab bagi aku idea secara tak langsung untuk tergerak hati dan jari menaip entry ni..Dia jugak salah sorang pelawat tetap kat blog buruk aku ni...haha...
Anyway, kembali pada tajuk, korang tahu tak ape kejadahnye notebook, netbook dan PC tu? Bende2 tu semua ialah komputer yang korang dok guna sekarang baca entry ni..(kecuali kalau korang guna tablet or mobile..hehe)
Seperti persoalan di atas, mana satu pilihan hati korang antara ketiga2 ni? Jom kite tengok secara ringkas mengenai ketiga2 teknologi yang disebutkan...
Notebook
Notebook jugak orang biasa panggil laptop or lappy dan sebagainye, biasa mempunyai ciri2 seperti berikut. Skrin standard berukuran antara 14 inci sehingga 17 inci lebih kurang. Prosessor yang digunakan jugak berbeza2 mengikut syarikat pengeluar dan fungsi kegunaan noterbook tersebut. Papan kekunci (keyboard) mengikut saiz normal keyboard yang biasa digunakan. Bateri yang mampu bertahan 2-3 jam. Average user menggunakan notebook untuk online, bermain game, membuat kerja seperti menaip, spreadsheet, photoshop dan sebagainya. Juga mempunyai kegunaan lain seperti wireless, bluetooth bagi sesetengah model, CD/DVD drive, USB port dan lain.
Buat masa ni, aku buat kerja dan aktiviti seharian aku menggunakan laptop model Acer Aspire 4720. Model lama tapi alhamdulillah masih bertahan sehingga sekarang walaupon dah rosak skrin tapi tak ganti2 lagi... (T.T) Anyway, bagi aku, ade laptop ni dah cukup untuk aku menyelesaikan segala kerja aku dan jugak dapatkan hiburan serta dapat jugak aku berhubung dengan kawan2 aku di alam maya. Laptop is for me. Korang pulak macam mane?
Netbook
Netbook boleh jugak dikatakan sebagai "Laptop kecik" sebab saiznya yang lebih kecil berbanding Notebook. Netbook mempunyai fungsi yang hampir sama dengan laptop, cuma lebih kecil dan ada beberapa komponen2 yang ada pada laptop tidak disediakan pada netbook. Skrin netbook hanyalah sebesar lebih kurang 5 inci dan berat lebih kurang 1kg. Disebabkan saiz yang kecil, kapasiti dan performance pada netbook juga kecil. Biasa netbook digunakan untuk membuat kerja2 asas seperti menaip dan sebagainya tapi hanya pada tahap average. Keyboard yang kecil menyukarkan user untuk menaip dengan kadar yang lama. Kapasiti yang rendah berbanding notebook jugak menyebabkan netbook tidak boleh meggunakan aplikasi2 yang berat.
Aku pernah guna netbook tapi bukan aku punya la... memang rasa tak selesa sebab aku biasa guna notebook yang berskrin lebih besar dan keyboard lebih besar. Kelebihan netbook ni pada aku hanyalah dia portable dan ringan, so tak susah nak bawak ke mana2..berbanding notebook yang agak lebih berat berbanding netbook..netbook jugak boleh disimpan didalam beg macam beg tangan perempuan yang besar yang biasa diorang simpan macam2 dalam tu..member2 aku kat universiti dulu ade jugak yang guna netbook dan nampak lebih senang dibawa ke mana2...korang pulak macam mana?
Perbezaan saiz Notebook & Netbook
PC
PC atau Personal Computer merupakan antara komputer peribadi terawal yang digunakan oleh user. Semakin berkembang teknologi, maka semakin bertambah canggih PC yang digunakan. PC mampu menjalankan program2 yang berat dan jugak boleh customize mengikut kehendak sendiri. Notebook dan netbook tidak banyak yang boleh anda customize dan pengubahan yang boleh dilakukan adalah terhad. Skrin PC boleh dipelbagai dari 14 inci sehingga 20 inci kalau tak silap, mungkin ada lagi yang lebih besar. Proseccor dan RAM boleh diubah mengikut keperluan dan mempunyai kapasiti yang paling besar antara ketiga2 teknologi ini. Jika anda sering menggunakan aplikasi yang canggih dan berat, maka PC lah pilihan anda. Kekurangan PC hanyalah ianya tidak boleh dibawa kemana2 seperti Netbook dan Notebook.
Personally, aku kalau ade duit memang aku nak guna PC. Aku nak beli satu2 part pastu assemble ikut kemahuan aku. PC banyak kelebihan sebab boleh digunakan untuk aplikasi2 yang berat. Jugak sangat sesuai kalau nak main game yang berat dan sebagainye. Nak buat kerja seperti menaip jugak lebih selesa dengan skrin yang lebih besar dan keyboard yang selesa. Kekurangan cuma pada kebolehan untuk dibawa kemana2..Korang pulak macam mana?
So daripada sedikit penerangan diatas, yang mana satu pilihan korang? Bagi aku ialah laptop dan kalau berkemampuan, custom made PC..hehe...tapi mungkin bila aku dah kerja dan ada income sendiri boleh la aku buat camtu.. Mungkin kalau aku dalam situasi lain, keadaan lain dan keperluan lain, mungkinp pilihan aku berbeza...
So, last aku tanye..korang pulak macam mana?
4 comments:
assalam dik..akak ada laptop acer aspire & pc model lama packard bell..hihihi dua2 ok..tapi laptop better leh bwk memane..kikiki
ketika ini saya pakai netbook walaupun dalam hati teringin nak ada notebook.
bagi kak zu, asal boleh menaip apa pun boleh...heheheheh tak pandai nak beza notebook atau netbook....tengok mcm sama je..hehehehe org tua2 tak pandai IT cam tu laaaa kan.
fenat lah ngadap laptop tu, kalau kat umah je akak ngadap laptop, kat opis ngadap pc je, baru syok, skrin besar, kebord selesa... hehehe..... tapi laptop jadik best sebb boleh dibawa kemana2...
Post a Comment