Apa khabar anda semua hari ni? Harap2 dalam keadaan sehat hendaknye... So, kali ni nak buat entry sket pasal tajuk kat atas tu.. Biasa dengar tak yang kaum Adam ada 9 akal dan 1 nafsu manakala kaum Hawa pulak ada 9 nafsu dan 1 akal? Apa pendapat korang tentang perkara ni? Setuju tak? Jom sama2 kita kongsi pendapat ok?Sapa2 ada pendapat sendiri feel free to drop you comment..sama2 kita kongsi ok?Kalau ade yang aku salah harap dapat dibetulkan la ye...I'm not a perfect person...
Dari mana asal ungkapan "Lelaki ada 9 akal 1 nafsu dan perempuan ada 9 nafsu 1 akal" ni? Ungkapan ni takde dalam nas Al-Quran atau mana2 hadis tapi ada dalam kisah2 yang diceritakan... Korang boleh baca kisah tu kat sini...--> 9 Akal 1 Nafsu, 1 Akal 9 Nafsu??? credit to faiz-luv-islam.blogspot
So...adakah ungkapan ni bertujuan untuk merendahkan kaum wanita yang mana dikatakan mempunyai lebih nafsu berbanding akal? Adakah untuk meninggikan kaum lelaki yang dikatakan mempunyai lebih akal berbanding nafsu? Jika dilihat dari sudut matematik, 9 akal 1 nafsu + 9 nafsu 1 akal akan menjadi 10 nafsu 10 akal...betul tak? Ke matematik aku salah? Nampak tak keindahan yang diciptakan oleh Allah S.W.T? Sesungguhnya manusia itu dijadikan tidak sempurna dan saling memerlukan juga saling lengkap melengkapi...tak gitu? Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam kan? Daripada situ kita dah nampak yang manusia tu tak sempurna...satu bahagian dari Nabi Adam diambil dan dijadikan Hawa..memang asal dijadikan tidak lengkap dan apabila mereka bersatu, mereka menjadi lengkap.. Perkara ni tak berubah sejak dari dulu lagi..lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain...
Jadi..perihal 9 akal 1 nafsu dan 9 nafsu 1 akal tu jugak menunjukkan manusia itu serba tak lengkap...
Tapi kenapa 9 akal bagi lelaki? Pada pendapat aku, kelebihan akal diberikan pada lelaki melambangkan banyaknya tanggungjawab dan tugas yang diberikan Allah kepada para lelaki..sebab itu mereka diberikan lebih akal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut...Kita tengok contoh mudah, solat..Lelaki tidak ada pelepasan langsung dari solat iaitu wajib 5 waktu sehari semalam..betul? Ke ade yang tak cukup? Haa...pikir2 la sendiri ye...manakala perempuan apabila datang haid tidak boleh solat..betul tak? So kat sini kita dah nampak kelebihan lelaki iaitu dari segi agama...OK..ni tanggungjawab dari segi agama...Wajib jugak lelaki beri nafkah untuk isteri dan anak2, wajib jugak lelaki menjadi ketua keluarga, lelaki jugak menjadi imam paling tidak kepada isterinya dan para nabi dan rasul juga dipilih dari kalangan lelaki..So kat sini kita boleh tengok tanggungjawab lelaki ni banyak dan disitu pentingnya akal...
Nafsu lelaki yang kuat hanya pada 1 perkara...PEREMPUAN!.. dijadikan lelaki itu nafsunya kuat hanya pada perempuan dan lelaki akan mudah tunduk pada perempuan...Memang betul lelaki ada jugak nafsu nak rumah besar, kereta besar, duit banyak dan sebagainye...tapi yang paling kuat adalah perempuan..memang dijadikan sebegitu rupa..sebab tulang rusuk kiri Nabi Adam dijadikan Hawa iaitu seorang perempuan, betul tak? Bukan kereta or rumah kan? Dan tulang rusuk kiri dekat dengan? Hati...Dan wanita itu mampu melemahkan hati2 lelaki kerana kejadiannya dari rusuk kiri lelaki yang dekat dengan hati lelaki..Pernah dengar tak pepatah ni.."Behind every great man, there is a woman" ..Maksudnya di sini, perempuan itu mampu membuatkan lelaki itu menjadi sebaik2 lelaki atau sejahat2 lelaki...So, hati2 ye dengan kuasa perempuan ni...hehe...
Kenapa pulak perempuan tu 9 nafsu? Kat sini aku lebih suka mengatakan perempuan mempunyai lebih emosi dan kekurangan yang juga boleh disifatkan sebagai nafsu la..nafsu tu bukan shawat je taw..macam2 nafsu ade kat dunia ni...jangan pikir perempuan ni kuat shawat je..Sebab apa aku cakap perempuan ni lebih emosi? Sebab dijadikan perempuan itu lebih sensitif, lebih peka, lebih memahami, lebih berperasaan dari lelaki...bukan aku nak cakap lelaki takde sume tu, cuma perempuan ni lebih..ok la kan, dah lelaki lebih akal lebih tanggungjawab..ye tak? Kita lihat pada golongan ibu...mereka lebih memahami anak2 daripada ayah pada kebiasaanya...Mereka sehingga boleh taw apa yang sedang bermain didalam pemikiran anak2 tanpa anak2 itu berkata apa2 pun...Betul tak?
Jika diberikan tugas memimpin pada mereka yang lebih akal, bagaimana pula dengan wanita? Tak boleh ke wanita nak meminpin jugak? Kami pon nak jadi macam lelaki..kan? Ada wanita yang berfikiran sebegitu tapi ketahuilah wahai wanita, walaupun kamu tidak digalakkkan memimpin kecuali diantara kamu, kamu tidak perlu ke masjid untuk solat Jumaat, tidak perlu berperang di medan perang, tapi ketahuilah kamu juga ada kelebihan yang mana tidak ada lelaki yang dalam dunia ini yang ada kelebihan itu...Wanita diberi kelebihan untuk melahirkan anak..Ini adalah satu kelebihan yang mana lelaki tidak akan pernah dapat...Kenapa aku cakap ni kelebihan? Seorang ibu yang melahirkan anak itu besar pahalanya, lebih besar jika anak itu menjadi seorang anak yang soleh...Kalau tak silap aku, jika seorang ibu tu meninggal sewaktu melahirkan anak, dia masuk kategori mati syahid kan? Kalau silap sila betulkan ye...So you see wahai kaum wanita, usahlah nak berlumba2 dengan lelaki nak jadi lebih baik dari lelaki kerana Allah S.W.T dah bagi kelebihan pada wanita dengan caranya tersendiri...Lelaki ada cara lelaki dan wanita ada cara wanita yang tersendiri...
Tapi pada zaman sekarang ni...9 akal ke 9 nafsu ke macam same je kan? Sume rosak...pada pendapat aku, tu adalah disebabkan kurang atau tiada langsung pegangan agama dalam masyarakat sekarang ni..tak perlu tengok jauh2...tengok kat sekeliling kita je..betul tak? Ada mata pandang dan lihat, ada telinga dengar dan hayati..bukan tengok endah tak endah je... Bukak je surat khabar ade je berita orang buang bayi la, zina sana sini, fitnah itu ini, rogol situ sini, curi itu ini dan macam2 lagi...Apa nak jadi masyarakat sekarang ni? Yang ni nanti aku ulas dalam entry lain la..panjang pulak jadinye nanti...korang pon bosan nak baca panjang2 kan?
Zaman sekarang ni, 9 akal yang ada pada lelaki digunakan untuk mendapatkan 9 nafsu yang ada pada perempuan..sebab 9 akal tadi dah tunduk pada 1 nafsu do jadilah 10 nafsu..ni memang bahaya...ditambah lagi dengan 9 nafsu yang ada pada perempuan menjadikan 19 nafsu dan mana pulak 1 akal yang ada pada perempuan tadi? Dah tunduk jugak pada nafsu...sebab tu la manusia sekarang ni hidup mereka bergelumang dengan nafsu sebab sekiranya akal tunduk pada nafsu, rosak la manusia...Hari2 kita nampak kadang2 depan mata sendiri tapi sebab akal dikaburi nafsu, kita pon ikot je la...
So..renung2 kan lah dan yang baik kita jadikan amalan dan yang buruk jadikan ikhtibar..
Selamat beramal...
8 comments:
Salam perkenalan dari follower no. 347, apple dan epal berbeza dari segi ejaan huhu..walaupun ianya tetap apple..
nice entry,,
greenappleku : hehe..basically same la kan..ejaan je beza..=P thanks follow...=)
dean : thanks...=)
bile haqu renung2 an alik tol gark :))
cik flower : same2 la amek pengajaran dan selamat beramal..hehe
emm2... btul tu... 2 2 saling melengkapi.. betul2....
hahha.. dalam minda wanita berlegar2 macam2 perkara.. mira sndiri akui.. wanita lebih beremosi.. =) tapi emosi tu la yang dapat menenangkan diri sang lelaki kala runsing.. kan?
tapi akal yang Allah berikan wanita gunakan sepenuhnya untuk memenuhi tuntutan masa kini..
aku suka entry ni...98% jawapan ko tulis ... :) mgkin xlgkap gak la kn...tp dh ckup utk org brfkir jap....
lelaki ni di amanahkan untuk memimpin...lelaki yg gagal memimpin (korup) adalah lelaki yang kalah...
wanita di amanahkan untuk mnjdi pemerhati. Memerhati sekeliling, anak2, orang tua, suami, rumah, harta suami dan macam2 lagi. Jgn rse emo sgt bile kami kate wanita kuat beremosi. Sebab sememangnya anda diciptakan mcm tu.
percayelah...lelaki suke dgn sifat2 yg ade pd anda tu...wlwpn garang... bnd tu wt lelaki tenang ;)
Post a Comment