Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Segmen Aku Benci Rokok!!
Kali ni nak join segmen Abang Ben Ashaari, macam biasa..boleh klik kat banner or name beliau untuk maklumat lanjut serta penyertaan...Macam biasa..kena jawap beberapa soalan untuk melayakkan diri menyertai segmen ni...jom baca kat bawah ni ok...




Q : Kenapa anda benci rokok?
A : Sebab apa aku benci rokok? Bukan susah pon nak jawap kan...sebabnye rokok ni membahayakan. Membahayakan dari segi ape? Dari sudut kesihatan, seperti yang umum tahu, merokok boleh menyebabkan berlaku segala macam penyakit seperti lung cancer, stroke, asthma and a whole lot more disease... Tak perlu tulis banyak2 sebab banyak sumber ade kat internet pasal bahaya merokok...Merokok jugak boleh membahayakan kewangan seseorang kerana disitu berlakunya pembaziran..Anda menghabiskan wang membeli rokok semata2 untuk mendapat kepuasan yang sementara dan penyakit yang berpanjangan..nak tanya..berbaloi ke??Mesti la perokok tegar cakap memang berbaloi,aku tak isap rokok ape tau kan? Bagos la kalau aku tak tau "nikmat" merokok tu..Baik aku simpan duit beli rokok tu buat bagi makan kucing ke..dapat gak pahala sket...Perokok "second hand" pulak lebih terdedah kepada penyakit2 yang lebih teruk...Dah la perokok ni membahayakan diri sendiri..siap pulak nak bawak orang2 yang tak merokok dan tak bersalah join skali dapat penyakit dengan die..ape ke BODO la diorang ni...

Q : Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ni...
A : Pendapat aku, mereka yang merokok ni samada dah terlalu sehat, terlalu kaya, terlalu banyak amal, terlalu baik hati, terlau pemurah..sebab ape? Diorang ni terlalu sehat sampaikan taknak hidup lama dah..so dengan menghisap rokok mereka boleh mati cepat or at least dapat rase macam mane kanser tu..best kan dapat kanser?macam cool je bunyi..Mereka ni terlalu kaya sebab diorang banyak sangat duit sampai tak tau nak buat ape so diorang pon merokok la..tak kesah pon kalau tak makan nasi asalkan dapat rokok...spesis jin kot makan asap ni...Pastu diorang ni terlalu banyak amal dan pahala so diorang nak la cepat2 mati supaya dapat masuk syurga sedang pahala tengah banyak ni...tapi isap rokok bukan serupa bunuh diri ke? and mereka yang bunuh diri takkan masuk syurga kan? pikir la sendiri..masing2 ade akal kan...Diorang ni jugak berhati mulia dan pemurah dan tak kedekut...kenapa? Sebab alang2 isap rokok and dapat penyakit sorang2, sembur la asap rokok tu kat anak2 ngan bini ngan kawan2 sedara mara sume kan supaya same2 dapat penyakit...kirenye dapat sakit secara borong la..murah sikit kan? Tapi memang diorang ni tak kedekut..try jumpe mane2 mat2 isap rokok ni tepi jalan, pastu mintak rokok sebatang..mesti dapat punye la..kan? hahaha...

Q : Pesanan buat meraka yang merokok dan bakal merokok!
A : Pesanan aku pada mereka yang merokok ialah JANGAN BERHENTI MEROKOK. Buat ape nak berhenti kalau kita suka buat kan? Teruskan merokok untuk meningkatkan ekonomi negara...Jugak dapat menyumbang pada pendapatan doktor2 pakar kanser dan jugak nurse2 dan pharmacist2 kat Malaysia ni...jugak dapat mengkayakan tokey2 rokok kat malaysia ni dan tokey2 rokok dunia secara amnya..Jugak dapat menyumbang pada penurunan produktiviti negara..selain tu dapat jugak menyumbang pada statistik kematian tahunan akibat rokok..jugak mungkin boleh advance dan mula menceburi bidang dadah sekaligus menaikan bilangan penghisap dadah pada statistik penagih dadah di malaysia..selain tu jugak dapat mengkayakan tokey2 dadah..banyak betul sumbangan para perokok ni kan? So jangan la berhenti merokok tapi kalau nak merokok jangan merokok depan aku, kalau tak, rokok tu takkan sempat bunuh korang, aku yang akan bunuh korang dulu...
Pada mereka yang bakal merokok, silalah merokok untuk sebab2 diatas..tapi kalau nak merokok, anda kena buat perkara2 seperti berikut :

  • Jangan mintak duit mak bapak nak beli rokok, beli guna duit sendiri
  • jangan hisap rokok depan orang ramai sebab nak tunjuk cool
  • jangan hisap rokok sekali sehari, hisap la 15 kotak sehari, baru macho kan?
  • jangan pergi hospital kalau korang sakit sebab rokok
  • jangan pergi beli ubat kat farmasi atau mane2 tempat nak beli ubat sebab sakit kerana rokok
  • jangan isap rokok depan aku or offer rokok kat aku or mintak api..memang aku bagi api kat muke ko nanti
Last but not least, nanti bile tangan korang dah kena potong, kaki dah kena potong, dah terbaring atas katil dengan alat bantuan pernafasan, dan bernanah mulut korang sume..jangan nak menyesal sebab isap rokok dan jangan cakap "kenapa la aku tak berhenti isap rokok dulu..memyesalnye aku..tengok, tangan dah takde.."
sebab nak tahu ape yang aku akan buat? Aku akan lompat2 depan korang dengan kaki yang aku ade, aku akan pegang 2 jambak bunga dengan 2 tangan yang aku ade, aku akan tarik nafas dalam2 dengan nikmat bernafas yang aku ade dan aku akan cakap kat korang "padan muka" dengan mulut yang aku ada..sebab korang taknak hargai nikmat yang Allah bagi tapi mencari nikmat sementara..

Akhir kata...malas nak cakap pape lagi..pandai2 pikir sendiri..masing2 ade akal..
Para perokok nak bengang ngan aku??SILAKAN!!
Note untuk Abg Ben Ashaari : Memang sokong segmen ni 1000%..cayalah bro!

mood : sangat benci perokok tak kira siapa anda!

10 comments:

imtinan said...

wah...marah betui kei...
sokong...

Azri Fathurrahman said...

asap rokok pun aku tak suka =.='

c-tea said...

betul-betul..setuju sangat...yang paling penting..merokok membakar wang ringgit...adeh..

jom baca kisah sedih si perokok tegar..di sini...sensasi dari blog ct..

http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/03/aku-cukup-benci-dengan-rokok.html

Lulu Caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

hehe.. suka entry ala2 sarkastik ni..

Kei Seichi said...

mocha pearl : hehe..marah la pd org yg x reti nak jage diri ni...

azri : same la..memang benci gile asap rokok...

c-tea : baik bagi je duit tu derma kat orang kan?pahala pon dapat..hehe..

lulu : agaknye slagi tak kene batang idung sendiri tak rase kan..da sakit nnt baru rase..yes!say NO to rokok

hanim : saje buat ala sarcastic ni..bagi masing2 pikir skit kan..klu direct sume buat2 pekak je..hehe

muhamad yusri said...

singgah dr blog abg ben... nak tau apa yg sy tulis pasal rokok? singgah la kat blog sya... http://perpatihkenyalang.blogspot.com/

Mohamad Idham said...

rokok itu haram....

http://mohamad90.blogspot.com/2011/01/haramnya-rokok.html

najihahfara said...

ish2..macam2 memang susah ek nak berenggang dgn rokok..

ummu shazwani said...

i hate smokers!! :$

Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...