Saturday, April 2, 2011

10 sebab kenapa PC crash yang perlu anda tahu – Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

“Fatal error : the system has become unstable or is busy”

“Enter to return to Windows or press Control-Alt-Delete to restart your computer. If you do this you will lose any unsaved information in all open applications.”

Korang telah diserang oleh “The Blue Screen of Death”. Korang yang biasa gunakan Microsoft Windows biasanya akan jumpe bende ni…So ape yang perlu korang buat? Yang lebih penting lagi, macam mana nak cegah bende ni daripada berlaku?

Contoh blue screen of death


1 Terdapat konflik pada “hardware”/ perkakasan

Sebab pertama kenapa Windows crash ialah berlaku konflik pada perkakasan. Setiap hardware berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan “Interupt Request Channel” (IRQ). Setiap hardware sepatutnya mempunyai IRQ yang unik bagi setiap satu hardware. Contoh ; 1 printer biasanya akan menggunakan IRQ7. Keyboard biasanya menggunakan IRQ1 dan Floppy Disk Drive menggunakan IRQ6. Setiap device akan menggunakan 1 IRQ untuk dirinya sendiri…

Kalau terdapat banyak device, atau ada device yang tak diinstall dengan betul, dua daripada device tu mungkin akan menggunakan no IRQ yang sama yang mana akan menyebabkan PC korang crash. Cara nak check samada PC korang ada hardware conflict adalah seperti berikut…

Start à Settings à Control Panel à System à Device Manager

Biasanya akan muncul tanda ‘!’ berwarna kuning bersebelahan dengan hardware yang ada masalah tersebut. Kadang-kadang, ada device yang akan share IRQ yang same tapi ditulis sebagai “IRQ holder for PC steering”. Yang ni takde pape problem.. Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan remove device tersebut pastu reinstall or install semula…


2 RAM yang tidak elok

Masalah pada RAM(Random-access memory) akan membuatkan Blue Screen of Death anda bertulis “Fatal Exception Error”. Masalah ini akan menyebabkan kerosakan hardware yang serius dan mungkin juga korang kena ganti hardware yang baru… Kerosakan yang serius juga mungkin disebabkan oleh chips yang disalah padankan. Contoh; mencampurkan 70 nanosecond (70ns) RAM dengan 60ns RAM biasanya akan menyebabkan PC anda terpaksa berfungsi pada kelajuan yang lebih perlahan. Ini biasanya akan menyebabkan PC anda crash kerana RAM telah overworked.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke BIOS settings dan naikkan “the wait state of the RAM”. Ini akan menjadikan RAM anda lebih stabil. Satu lagi cara adalah dengan menyusun semula RAM pada motherboard or keluarkan beberapa RAM yang ada. Kemudian cuba ulangi keadaan yang mana akan menyebabkan PC korang crash. Pastu ubah kedudukan RAM sehingga tidak lagi berlaku crash. Bila korang nak mengendalikan RAM, jangan sentuh pada bahagian keemasan pada RAM tu sebab bahagian tu sangat mudah rosak…

Contoh RAM


Untuk tips yang seterusnya, kita sambung pada entry yang lain ye…Harap anda dapat manfaat daripada entry ini…

4 comments:

techtikus said...

Dulu masa guna WinXP kerap jugak jadi BSOD nih especially masa main game. Panas sungguh hati aku. Sekarang guna Win7 setakat ni xde lg terserempak dengan encik BSOD.

Artzam said...

selalu gak kena macam ni,biasa problem kat RAM ar..thanks for the info =)

Nys Zairee said...

yes.. yg ni la aku cari.. but yg no 2 tu aku x reti nk wat cane..

Kei Seichi said...

Nieylicio Korelicio : tak reti nak buat yang mane tu?

Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...