Wednesday, June 8, 2011

Jom lawat rumah baru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Nampak tak header tu? Header sape pulak tu? Tu la header blog aku yang lagi satu...

So korang2 sume jom la pegi rumah baru aku tu..tak jaoh pon...klik je kat header tu...

Blog ni aku on hold kejap sebab material tak prepare sangat lagi..akan kembali update dalam masa terdekat InsyaAllah...

Anyway, jemput la ye ke rumah aku yang lagi satu tu...

Tuesday, June 7, 2011

Free Header untuk blog Hazirah, Taherah dan Syazween

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni sampai giliran aku untuk review header mereka2 ni.. Header yang akan aku review kali ini ialah milik Hazirah Azie, Taherah Ghazali dan Syazween...


Okay, header yang pertama ialah header untul Hazirah Azie...


First draft & final result

So? Macam mane? Okay ke tak? Jom lawat blog beliau kat sini... --> Blog Hazirah Azie


So..header seterusnya pulak ialah untuk Taherah Ghazali...


First draft & final result

Macam mane? Pe pendapat korang? Jom terjah belog beliau kat sini.. --> Blog Taherah Ghazali


Header terakhir untuk kali ni ialah untuk Syazween...


First draft & final result

Okay tak? Pe pendapat korang? Jom lawat blog beliau kat sini... --> Blog Syazween


Anyway, tinggal beberapa header je lagi yang aku nak review..mungkin dalam 2 entry lagi...so i'll take it slow la ey...habis cepat2 nanti takde modal plak aku nak tulis entry...hehe...


Jemput la singgah rumah aku yang lagi satu kat SINI







Notebook VS Netbook VS PC: Mana satu pilihan hati?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak share pandangan aku mengenai tajuk diatas iaitu Notebook, Netbook dan jugak PC.. Kredit kepada saudara Firdaus a.k.a Freaky falcon  sebab bagi aku idea secara tak langsung untuk tergerak hati dan jari menaip entry ni..Dia jugak salah sorang pelawat tetap kat blog buruk aku ni...haha...

Anyway, kembali pada tajuk, korang tahu tak ape kejadahnye notebook, netbook dan PC tu? Bende2 tu semua ialah komputer yang korang dok guna sekarang baca entry ni..(kecuali kalau korang guna tablet or mobile..hehe)


Seperti persoalan di atas, mana satu pilihan hati korang antara ketiga2 ni? Jom kite tengok secara ringkas mengenai ketiga2 teknologi yang disebutkan...


Notebook




Notebook jugak orang biasa panggil laptop or lappy dan sebagainye, biasa mempunyai ciri2 seperti berikut. Skrin standard berukuran antara 14 inci sehingga 17 inci lebih kurang. Prosessor yang digunakan jugak berbeza2 mengikut syarikat pengeluar dan fungsi kegunaan noterbook tersebut. Papan kekunci (keyboard) mengikut saiz normal keyboard yang biasa digunakan. Bateri yang mampu bertahan 2-3 jam. Average user menggunakan notebook untuk online, bermain game, membuat kerja seperti menaip, spreadsheet, photoshop dan sebagainya. Juga mempunyai kegunaan lain seperti wireless, bluetooth bagi sesetengah model, CD/DVD drive, USB port dan lain.


Buat masa ni, aku buat kerja dan aktiviti seharian aku menggunakan laptop model Acer Aspire 4720. Model lama tapi alhamdulillah masih bertahan sehingga sekarang walaupon dah rosak skrin tapi tak ganti2 lagi... (T.T) Anyway, bagi aku, ade laptop ni dah cukup untuk aku menyelesaikan segala kerja aku dan jugak dapatkan hiburan serta dapat jugak aku berhubung dengan kawan2 aku di alam maya. Laptop is for me. Korang pulak macam mane? 


Netbook


Netbook boleh jugak dikatakan sebagai "Laptop kecik" sebab saiznya yang lebih kecil berbanding Notebook. Netbook mempunyai fungsi yang hampir sama dengan laptop, cuma lebih kecil dan ada beberapa komponen2 yang ada pada laptop tidak disediakan pada netbook. Skrin netbook hanyalah sebesar lebih kurang 5 inci dan berat lebih kurang 1kg. Disebabkan saiz yang kecil, kapasiti dan performance pada netbook juga kecil. Biasa netbook digunakan untuk membuat kerja2 asas seperti menaip dan sebagainya tapi hanya pada tahap average. Keyboard yang kecil menyukarkan user untuk menaip dengan kadar yang lama. Kapasiti yang rendah berbanding notebook jugak menyebabkan netbook tidak boleh meggunakan aplikasi2 yang berat.


Aku pernah guna netbook tapi bukan aku punya la... memang rasa tak selesa sebab aku biasa guna notebook yang berskrin lebih besar dan keyboard lebih besar. Kelebihan netbook ni pada aku hanyalah dia portable dan ringan, so tak susah nak bawak ke mana2..berbanding notebook yang agak lebih berat berbanding netbook..netbook jugak boleh disimpan didalam beg macam beg tangan perempuan yang besar yang biasa diorang simpan macam2 dalam tu..member2 aku kat universiti dulu ade jugak yang guna netbook dan nampak lebih senang dibawa ke mana2...korang pulak macam mana?



Perbezaan saiz Notebook & Netbook





PC




PC atau Personal Computer merupakan antara komputer peribadi terawal yang digunakan oleh user. Semakin berkembang teknologi, maka semakin bertambah canggih PC yang digunakan. PC mampu menjalankan program2 yang berat dan jugak boleh customize mengikut kehendak sendiri. Notebook dan netbook tidak banyak yang boleh anda customize dan pengubahan yang boleh dilakukan adalah terhad. Skrin PC boleh dipelbagai dari 14 inci sehingga 20 inci kalau tak silap, mungkin ada lagi yang lebih besar. Proseccor dan RAM boleh diubah mengikut keperluan dan mempunyai kapasiti yang paling besar antara ketiga2 teknologi ini. Jika anda sering menggunakan aplikasi yang canggih dan berat, maka PC lah pilihan anda. Kekurangan PC hanyalah ianya tidak boleh dibawa kemana2 seperti Netbook dan Notebook.


Personally, aku kalau ade duit memang aku nak guna PC. Aku nak beli satu2 part pastu assemble ikut kemahuan aku. PC banyak kelebihan sebab boleh digunakan untuk aplikasi2 yang berat. Jugak sangat sesuai kalau nak main game yang berat dan sebagainye. Nak buat kerja seperti menaip jugak lebih selesa dengan skrin yang lebih besar dan keyboard yang selesa. Kekurangan cuma pada kebolehan untuk dibawa kemana2..Korang pulak macam mana?


So daripada sedikit penerangan diatas, yang mana satu pilihan korang? Bagi aku ialah laptop dan kalau berkemampuan, custom made PC..hehe...tapi mungkin bila aku dah kerja dan ada income sendiri boleh la aku buat camtu.. Mungkin kalau aku dalam situasi lain, keadaan lain dan keperluan lain, mungkinp pilihan aku berbeza...

So, last aku tanye..korang pulak macam mana?





Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...