Sunday, April 17, 2011

10 sebab kenapa PC crash yang perlu anda tahu – Part 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ini adalah sambungan daripada entry yang lepas…boleh tengok kat sini--> Part 1, Part 2, Part 3


7 Printer

Perbuatan menghantar dokumen untuk dicetak akan menghasilkan file yang besar, biasanya dipanggil sebagai postscript file.. Printer hanya mempunyai memory yang kecil, dipanggil sebagai buffer… Memory ini mudah overload.. Mencetak sesuatu dokumen juga menggunakan kuasa CPU yang agak besar.. Ini juga akan membuatkan PC anda menjadi lebih perlahan…

Jika printer cuba untuk mencetak karakter2 yang luar biasa, mungkin ianya sukar dikenalpasti dan boleh menyebabkan PC anda crash…Kadang2 printer tidak akan recover daripada crash tersebut disebabkan berlakunya konflik pada buffer… Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mencabut plug printer selama lebih kurang 10 saat..Kemudian on printer anda daripada powerless state iaitu dengan tidak disambung plug dan tidak disambung pada PC yang juga dipanggil cold boot… Ianya akan membuatkan printer anda kembali pada setting yang asal dan anda akan boleh terus menggunakan printer tersebut…

Contoh printer




8 Software / perisian

Salah satu sebab biasa berlakunya crash pada PC ialah perisian yang tidak diinstall dengan betul atau perisian yang tidak elok…Biasanya masalah ini boleh diselesaikan dengan membuang / uninstall software tersebut kemudian cuba install semula / reinstall.. Gunakan Norton Uninstall atau Uninstall Shield untuk membuang aplikasi tersebut daripada system anda dengan betul.. Ini juga akan membantu membersihkan System Registry yang telah digunakan oleh software tersebut dan menjadikannya bersih untuk digunakan dikemudian hari…

System Registry boleh menjadi rosak disebabkan masih ada maklumat2 software lama yang sepatutnya telah di uninstall kan… Gunakan Reg Cleaner untuk membersihkan System Registry dan membuang maklumat2 lama yang tidak digunapakai lagi…

Biasanya masalah berkaitan Windows boleh diselesaikan dengan memasuki Safe Mode.. Ianya boleh dilakukan semasa start-up.. Bila anda nampak “Starting Windows”, tekan F8..Anda akan dibawa ke Safe Mode.. Safe Mode akan load driver yang penting sahaja…Ia untuk membolehkan anda mencari dan membaiki masalah yang menyebabkan Windows tidak dapat masuk secara normal… 
Paparan Safe Mode

 
 Untuk tips yang seterusnya, kita sambung pada entry yang lain ye…Harap anda dapat manfaat daripada entry ini…

1 comment:

Dda Ly said...

kamu, thanks for sharing! info berguna ni..:)

meh ke rumah..
~ole² dari sahabat...:)~
keep in touch ye..♥♥♥

Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...