Saturday, April 23, 2011

10 sebab kenapa PC crash yang perlu anda tahu – Part 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ini adalah sambungan daripada entry yang lepas…boleh tengok kat sini..--> Part 1, Part 2, Part 3, Part 4


9 Overheating / Terlebih panas

Central Processing Units (CPU) biasanya dilengkapi dengan kipas untuk menyejukkannya…Jika kipas tersebut rosak atau CPU terlalu lama, ia akan mula menjadi terlebih panas dan akan mula mengeluarkan satu error yang dipanggil kernel error.. Ini adalah masalah biasa yang terdapat pada chips yang telah overclocked untuk berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya…

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memasang kipas yang lebih besar pada CPU tersebut…

Masalah CPU juga biasanya boleh dibaiki dengan meng-disable-kan CPU internal cache di dalam BIOS…Ini akan menyebabkan PC anda menjadi lebih perlahan tetapi lebih stabil…



10 Masalah bekalan kuasa / Power supply problems

Masalah bekalan kuasa juga boleh menyebabkan PC anda crash… Power surge dan power spike boleh menyebabkan PC anda crash… Bekalan kuasa yang terputus juga boleh menyebabkan PC anda crash…

Jika ianya menjadi masalah besar pada anda, anda digalakkan untuk membeli Uninterrupted Power Supply (UPS)… Alat ini akan memberikan bekalan kuasa yang bersih bila terdapat bekalan elektrik dan akan memberikan anda beberapa minit untuk anda shutdown PC anda dalam keadaan terkawal sekiranya bekalan elektrik terputus…

Ini adalah pelaburan yang baik jika anda mempunyai data yang penting, kerana bekalan elektrik yang putus akan menyebabkan sebarang data yang tidak disimpan (save) akan hilang…


Diharap anda mendapat manfaat daripada siri entry ini… Kalau dulu anda tak tahu kenapa PC anda crash, sekarang anda telah tahu…Jika anda hantar ke kedai untuk dibaiki, anda juga tahu apa yang perlu anda baiki… Ramai orang yang tak tahu pasal komputer dan apabila PC rosak, mereka hantar ke kedai…Ada antara kedai2 diluar sana yang akan cas anda lebih daripada yang sepatutnya dengan mengatakan terdapat bahagian2 lain yang rosak sedangkan tak rosak pon…Dengan ini anda boleh berjaga2 agar tidak ditipu…

3 comments:

Firdaus Life said...

pc sy jarang crash.. cume overheat je yang jadi masalah utama

Qamaruls said...

ohh tulaa.. kalau dah crashh mesti aku bia laptop aku rehat sejam dua jam.. pastu sambung lik bukak.. hahaha

Kei Seichi said...

freaky : kalau pc overheat, beli la kipas baru...kalau letak pc kat bilik air cond pon ok gak..hehe...

qamarul : tu la yang sebaiknye..die pon nak rehat jugak..hehe..

Blog ini mengandungi informasi, tutorial serta tips2 dan sebagainya. Jika anda ingin membaca bacaan yang ringan dan berbentuk peribadi, sila lawat blog personal saya. Sila klik pada menu "The Other Me". Diharap anda mendapat manfaat daripada blog ini dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...