Pejam celik pejam celik esok dah masuk bulan Jun kan? So sepanjang dari Januari sampai la ke Mei tahun ni ape je yang korang dah buat? Ape lagi yang korang belum buat? Setakat mana korang menjalani kehidupan korang? Sama2 la muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri, tak gitu?
So, kali ni nak imbas balik target aku pada bulan Mei yang aku buat dalam entry INI. Boleh la tengok entry tu kalau nak tahu ape die target aku..
So, tercapai tak target2 tu? Jom sama2 kita imbas balik la ye...
- Target #1: maintain blogging setiap hari dengan at least 2 -5 entry setiap hari..nak kata tak tercapai tak jugak sebab masih berblogging sampai ke saat ini, tapi mungkin dapat capai 2 entry je setiap hari tapi ade jugak kadang2 tak ber-entry pon sehari..So, kira tercapai tak ey?
- Target #2: menaikkan trafik sebanyak mungkin (>200UV). Yang ni memang tak tercapai la sebab purata dalam lingkungan 80-100 UV je sehari..masih kena pertingkatkan tarikan berblogging...kalau blogwalking tu kira rajen la jugak... So target ni tak tercapai, harap dapat dibaiki untuk bulan Jun.
- Target #3: Aku target untuk buat 70 header untuk segmen free header. Alhamdulillah setakat ni aku dapat buat 84 header. So, target tercapai.
- Target #4: tambah kawan at least sorang. yang ni I would really like to believe yang memang ade orang yang anggap aku kawan.. kalau setakat add kat FB tu sape2 pon boleh...biasa la tu kan. Tapi kawan yang betul2 walaupon dalam dunia maya, agak susah nak dicari..tapi aku rasa yang aku dapat capai at least sorang tu.. Korang rasa aku ni kawan korang tak?hehe...
- Target #5: mantapkan skill blogging dan photoshop. Untuk skill blogging, disebabkan takde kayu pengukur so aku tak boleh la nak kata skill blogging aku makin bagus. tapi aku dapat rasakan yang boleh la improve sikit2.hehe... untuk skill photoshop pulak, aku dapat belajar ilmu baru masa buat header 2 untuk korang semua so ade la improvement. aku jugak dah boleh siapkan header dengan lebih cepat dari sebelum ni... So, target yang ni tercapai la...Alhamdulillah...
So, macam mana pulak dengan target bulan Jun? kat bawah ni senarai2 target aku untuk bulan Jun untuk blog ni...
- maintain blogging dengan menulis sebanyak 2-5 entry sehari.(sama macam bulan Mei)
- naikkan traffik > 200 dan maintain (perbaiki target bulan Mei)
- buat at least 10 tutorial untuk photoshop, 10 tutorial untuk programming dan 10 computer tips and tricks.
- menjadi blog informasi yang boleh menarik minat para pembaca
- tambah at least sorang kawan.
- mantapkan skill blogging, photoshop dan jugak belajar adobe flash.
- rangka satu contest atau lebih baik lagi lancarkan satu contest sebelum akhir bulan Jun.
So, aku harap dapat capai target2 ni untuk bulan Jun.
P/S: Ada satu hari dalam bulan Jun ialah hari lahir aku..sapa yang tahu senyap2 je la ye...Tak payah sambut...
P/S 2: Blog aku lagi satu tu takde orang nak jenguk ke? Pergi la jenguk kejap...aku dah publickan dah...klik sini --> Kei seichi official blog
P/S 3: Lagi satu, nama aku Kei Seichi taw! kalau panjang sangat panggil Kei je... Bukan Keichi la, kenichi la, macam2 name lagi..pelik betul..mana la korang dapat nama2 tu kan... -_-"